Perodua-DMM Selayang rai anak yatim


Pada 5 hb September 2009, seramai 40 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Baitu Saidati Khadijah, Gombak gembira diraikan pada Majlis Berbuka Puasa. Pengurus Cawanga DMM Selayang, En. Fazlee Alton berkata, program yang diadakan itu adalahjulung kali diadakan pihaknya sempena Ramadhan. "Selain menunaikan tanggungjawab sosial, kami berhasrat aktiviti sebegini bukan sahaja dapat menggembirakan anak-anak yatim tetapi mendapat keberkatan di bulan mulia ini ,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah hamper dan sumbangan pada majlis tersebut di premis Cawangan DMM Selayang, dekat sini. Hadir sama, Kakitangan DMM Sales Cawangan Selayang, Ampang, Mid-Valley serta keluarga masing-masing, pihak pengurusan ibu pejabat DMM Sales En. Salahuddin dan En. Nazdrin serta kakitangan,Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Wakil-wakil Panel Syarikat kewangan, Pengurus Cawangan DMM Ampang En. Ibrahim dan Pengurus Cawangan DMM Permaisuri En. Adnan dan kakitangan pusat servis Perodua-Daihatsu Selayang.


Cek bernilai RM1,160 turut diserahkan kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Baitu Saidati Khadijah pada majlis itu. Terdahulu selain majlis berbuka puasa, pengisian majlis itu diserikan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah diikuti dengan solat terawih serta jamuan moreh.

Jutaan Terima kasih kepada En. Zalani dan En. Shahudin dibantu oleh rakan-rakan yang bertungkus-lumus untuk persiapan majlis ini dan terima kasih yang tak terhingga kepada DN Auto sebagai penyumbang utama dalam majlis yang meriah ini tak lupa kepada rakan-rakan yang menyumbang wang tunai,hamper dan makanan.

0 comments:

Post a Comment

Copyright 2009 DMM Selayang