Jemputan Rumah Terbuka



Pada 10 Oktober 2009 Perodua DMM Selayang akan mengadakan rumah terbuka untuk aidilfitri 2009, Datanglah beramai-ramai bersama-sama keluarga anda untuk memeriahkan majlis kami. Semoga dengan kehadiran anda semua akan menyerikan majlis ini. Terima kasih

Perodua-DMM Selayang rai anak yatim


Pada 5 hb September 2009, seramai 40 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Baitu Saidati Khadijah, Gombak gembira diraikan pada Majlis Berbuka Puasa. Pengurus Cawanga DMM Selayang, En. Fazlee Alton berkata, program yang diadakan itu adalahjulung kali diadakan pihaknya sempena Ramadhan. "Selain menunaikan tanggungjawab sosial, kami berhasrat aktiviti sebegini bukan sahaja dapat menggembirakan anak-anak yatim tetapi mendapat keberkatan di bulan mulia ini ,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah hamper dan sumbangan pada majlis tersebut di premis Cawangan DMM Selayang, dekat sini. Hadir sama, Kakitangan DMM Sales Cawangan Selayang, Ampang, Mid-Valley serta keluarga masing-masing, pihak pengurusan ibu pejabat DMM Sales En. Salahuddin dan En. Nazdrin serta kakitangan,Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Wakil-wakil Panel Syarikat kewangan, Pengurus Cawangan DMM Ampang En. Ibrahim dan Pengurus Cawangan DMM Permaisuri En. Adnan dan kakitangan pusat servis Perodua-Daihatsu Selayang.


Cek bernilai RM1,160 turut diserahkan kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Baitu Saidati Khadijah pada majlis itu. Terdahulu selain majlis berbuka puasa, pengisian majlis itu diserikan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah diikuti dengan solat terawih serta jamuan moreh.

Jutaan Terima kasih kepada En. Zalani dan En. Shahudin dibantu oleh rakan-rakan yang bertungkus-lumus untuk persiapan majlis ini dan terima kasih yang tak terhingga kepada DN Auto sebagai penyumbang utama dalam majlis yang meriah ini tak lupa kepada rakan-rakan yang menyumbang wang tunai,hamper dan makanan.

Lunch di Janda Baik


Pada 17 Jun 2009, kami 10 staff berkonvoy ke Janda Baik Pahang untuk makan tengahari. Tempat ini di perkenalkan oleh staff En. Zahari kerana popular dengan Sup tulang nya yang sedap di samping suasana kampung yang amat menyenangkan dan aman damai.

Perjalanan lebih kurang 35km dari selayang cuma mengambil 40 minit perjalanan memang tidak bosan dan hanya berasa sekejap saja perjalanan, selepas menjamu selera makan sup tulang dan masakan minang di gerai Janda Baik, kami mengambil kesempatan untuk meronda di sekitar Janda baik.



Kepada sesiapa yang berminat untuk berkhemah atau bermalam di chalet dimana sewa cuma RM50 - RM100 semalam boleh datang ke sini untuk merehatkan minda.


Terima kasih kepada Boss En. Fazlee Alton yang memberi insentif berbentuk wang tunai kepada kami sebagai ganjaran kepada kumpulan yang menang (jualan dan invoice).
Copyright 2009 DMM Selayang